Program Ambang Ramadhan

24 JUN 2014, SELASA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba, pihak sekolah SKSKI telah mengadakan Program di Ambang Ramadhan bersama-sama semua murid-murid dan guru-guru JQaf. Majlis yang bermula pada pukul 12 tgh hari sehingga pukul 1 petang dimulai dengan ucapan aluan oleh Ustaz Hasbullah diikuti alunan zikir munajat dan selawat beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Nasaruddin bin Desa. Kemudian diikuti dengan acara ceramah oleh Ustaz Nasaruddin bin Desa sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba. Sedikit nasihat dan kata-kata perangsang dari ustaz moga dapat di ambil iktibar dan pengajaran buat semua murid-murid SKSKI. 





Selamat Berpuasa kepada semua warga SKSKI!!