Hari Sukan 2014

25 JUN 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pada 25 Jun 2014 yang lalu pihak SKSKI telah mengadakan Sukan Tahunan bagi tahun 2014 di Padang Keda Sungai Kechil Ilir. Majlis yang bermula pada pukul 2.30 petang dimulai dengan pertunjukan perbarisan oleh Persatuan Kadet Remaja Sekolah (PKRS) dan diikuti oleh rumah-rumah sukan iaitu Rumah Biru, Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Hijau dan Prasekolah.

Persiapan menyusun hadiah
Persiapan murid-murid Prasekolah
Bersedia untuk perbarisan
PKRS bersedia untuk perbarisan
Majlis yang dimulai dengan perbarisan dari murid-murid SKSKI. PKRS mengetuai perbarisan.

Memberi tabik hormat kepada VIP jemputan
Kontinjen Rumah Biru
Kontinjen Rumah Merah
Kontinjen Rumah Hijau
Kontinjen Rumah Kuning
Murid-murid Prasekolah

Selesai sahaja perbarisan dari kontinjen-kontinjen Rumah Sukan..di ikuti pula tabik hormat dari kapten PKRS untuk VIP Jemputan. 


Kemudian bacaan ikrar oleh wakil pelajar SKSKI iaitu adik Muhammad Hazimi bin Shamsul Kamal yang di iringi oleh ketua-ketua rumah sukan untuk hari sukan tahun 2014.


Majlis di sambung lagi dengan kata-kata aluan dari tuan guru besar iaitu Cikgu Yusof Hamzah.


Dan seterusnya majlis dirasmikan oleh VIP jemputan iaitu Encik Wahai Anuar bin Hanafiah (Wakil PPD Kulim/Bandar Baharu)

Ucapan Perasmian oleh Encik Wahai Anuar Hanafiah
Dengan rasminya bermulalah majlis hari sukan bagi tahun 2014 yang dimulakan dengan pertandingan sukaneka murid-murid tahap satu.







Hari Sukan di ikuti dengan acara balapan yang lain iaitu Lari 100m, Lari 80m, Lari 200m, Lari 4x100m, Lari 4x200m dan Lari berpagar. 







Upacara Penyampaian hadiah untuk peserta-peserta yang menang juga turut diadakan pada petang itu..




Acara sukan yang banyak dimenangi oleh kontinjen Rumah Kuning selaku Juara Keseluruhan untuk Hari Sukan tahun 2014....manakala Rumah Merah dan Biru merebut tangga kedua..tetapi tempat kedua berpihak kepada Rumah Merah..tempat ketiga Rumah Biru dan tempat keempat Rumah Hijau..



Hari Sukan yang begitu meriah turut disertai oleh ibubapa dan waris para pelajar dengan acara sukaneka untuk waris perempuan dan waris lelaki..petugas SKSKI juga turut serta menyertai sukaneka..memang terserlah keakraban di antara waris dan kakitangan SKSKI..



Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Sukan 2014..yang terlibat secara langsung atau tak langsung..ucapan jutaan terima kasih kami ucapkan..kami juga memohon maaf andai ada tersilap kata dan kekurangan sepanjang majlis Hari sukan ini..

Kepada mereka yang menang hadiah tahniah diucapkan dan kepada mereka yang tidak berjaya..jangan putus asa..usaha lagi!! Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya...Jumpa anda di Hari Sukan tahun 2015 pula!!

Antara gambar-gambar sekitar majlis












No comments:

Post a Comment